Senin, 25 Januari 2010

Penambang Dengan Wali Allah

Adik-adik, Kisah kali ini ialah mengenai seorang Penambang yang mana kerjanya setiap hari mengambil upah menghantar orang ramai menyeberangi sungai dengan menggunakan perahu. Pada suatu hari datang seorang tua yang tidak dikenali oleh beliau kerana orang ini bukanlah berasal dari penduduk tempatan yang sentiasa menaiki perahunya berulang alik menyeberangi sungai tersebut. Orang tua ini meghampiri Tukang Penambang seraya berkata "Bolehkah kamu membawa aku ke seberang sana dengan hati yang ikhlas". Jawab Tukang Penambang, "Aku sanggup membawa tuan menyeberangi sungai ini dengan perahu ku ini secara ikhlas dan saya tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada tuan".
Orang tua itu terus menaiki perahu dan penambang tadi mengayuhkan perahunya untuk menyeberangi sungai tersebut. Satelah sampai ditebing sana, orang tua tadi menanyakan kepada Penambang "Bolehkah saudara menerima amanah". Kata penambang "Boleh, apakah perkara itu". Orang tua itu menghulurkan bungkusan kain dan sebatang tongkat dan disambut oleh Penambang dengan hati yang terbuka.
Setelah Penambang mangambil barang-barang yang diserahkan oleh orang tua tadi lalu berkata orang tua tersebut kepada penambang. "Esok sekitar waktu tengahari, kamu akan menemui aku meninggal dunia dibawah pokok itu" sambil menunjukkan kearah pokok yang dimaksudkan. Orang tua itu berkata lagi "Kamu hendaklah menguruskan jenazah ku dan kamu kafanlah aku dengan kain yang berlapik dibawah kepalaku". Penambang tadi terpegun mendengar kata-kata tersebut, dan sambil berkata didalam hati, apakah betul orang tua ini, dan bagaimana mungkin dia mengetahui bahawa dia akan menginggal dunia pada esok harinya.
Penambang tadi berkata, "Bagaimana dengan bungkusan dan tongkat ini". Orang tua itu berkata "Kamu tidak perlu risau tentang perkara ini kerana akan datang seorang pemuda kepada kamu dan berilah kepadanya jika ia menanya tentang bungkusan dan tongkat ini". Orang tua tersebut terus berlalu dari situ.
Pada waktu malamnya penambang tadi tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana memikirkan kejadian pada siang harinya. Pada esoknya penambang tadi bekerja seperti biasa. Apabila sampai masa yang dikatakan oleh orang tua tersebut penambang terus pergi ke pokok yang dinyatakan dan alangkah terkejutnya beliau kerana apa yang dikatakan adalah benar, lalu ia menghampiri tubuh yang terbaring dibawah pokok, setelah mengamati ternyata orang tua tersebut telah meninggal dunia. Setelah jenazah selesai dikebumikan, Penambang tadi balik kerumah tanpa bekerja pada hari tersebut.
Selang beberapa hari datang seorang pemuda dan bertanya kepada Penambang, "Adakah kamu ada menyimpan barang-barang yang ditinggalkan oleh seorang tua". "Ada", kata penambang dan beliau berkata lagi, "Bagaimana kamu tahu saya ada menyimpan barang-barang tersebut". Pemuda tadi menceritakan bahawa beliau adalah seorang yang banyak melakukan maksiat, kerjanya menyanyi dan menghibur orang. Pada suatu malam ketika saya sedang tidur, saya bermimpi bahawa seorang Wali Allah telah meninggal dunia dan meninggalkan bungkusan dan sebatang tongkat. Suara tersebut menyuruh saya pergi mengambil barang-barang tersebut kerana Allah telah memilih saya untuk menggantikan tempat Wali tersebut.
Pemuda tadi terus mengambil barang-barang yang diamanahkan kepada penambang dan berlalu dari situ.
Bagitulah adik-adik, Allah Maha berkuasa lagi Maha Pengampun dan Allah berkuasa memberi hidayah kepada hambanya yang dipilih.
Wallahua'alam.

WALI SOLAT DIATAS AIR

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.
Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terumbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W>T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

PENJUALKIPAS

Kisah ini diceritakan oleh seorang Wali Allah di mana dia mempunyai seorang kawan yang sangat baik paras rupanya dan berbudi luhur.  Dia mempunyai seorang isteri dan hidup dalam keadaan sederhana tetapi sangat bahagia. Kerjanya setiap hari adalah membuat kipas dari bulu burung dan menjualnya di pasar.
Saya sering menziarahinya disamping mengharapkan doanya.  Setiap kali saya menziarahinya saya dapati banyak bulu-bulu burung yang cantik dan jarang dijumpai berselerak di atas lantai.  Pada suatu hari saya bertanya kepada kawan saya, "Wahai saudaraku, dari mana engkau memperolehi bulu-bulu burung itu sedangkan saya tidak pernah melihat saudara keluar mencarinya".
Kawan saya menjawab dengan tersenyum, katanya, "Allah s.w.t telah menugaskan malaikatNya untuk mengirimku bulu-bulu burung ini setiap hari Jumaat, sebagai rezeki untuk keluargaku" sambungnya lagi " Dari bulu-bulu burung inilah aku membuat kipas dan menjualnya di pasar kepada sesiapa yang memerlukannya.
Setelah beberapa lama saya tidak berjumpa dengan dia terasa pula rindu untuk bertemu dengannya.  Pada suatu hari saya pergi ke pasar dengan tujuan untuk menziarahi kawan saya itu.  Setelah tiba di sana saya dapati kawan saya tidak ada di tempat ia selalu menjaja dagangannya.  Puas saya mencari di sana sini tetapi tidak berjumpa, lalu saya bertanya kepada orang-orang yang berjaja di situ, mereka berkata bahawa kawan saya itu telah lama tidak datang untuk menjual dagangannya.
Saya begitu kecewa kerana tidak dapat bertemu dengannya.  Saya mengambil keputusan untuk pergi ke rumahnya.  Tiba di rumahnya saya dapati keadaan sunyi sepi dan saya memberanikan diri untuk mengetuk pintu dan memberi salam.  Tidak lama kemudian saya mendengar suara isterinya bertanya "Siapa di luar itu?" saya menjawab "Sahabat dari suami kamu, saya amat rindu untuk bertemu dengannya".  "Adakah ia berada dirumah?" tanya saya lagi.  Isterinya menjawa "Ia, dia ada di dalam, tetapi sedang sibuk  berzikir dengan Allah Azzawajalla".
Isterinya membuka pintu dan mempersila masuk.  Saya merayu supaya mengizinkan saya bertemu dengannya kerana saya amat rindu sekali dengannya.  Isterinya pun segera masuk dan mendapatkan suaminya dan tidak lama kemudian ia kembali seraya berkata "Masuklah".  Saya masuk dan menuju tempat yang di tunjukkan oleh isterinya.  Saya melihat kawan saya berada di suatu tempat yang khusus di bina untuk beramal ibadat.  Apabila  melihatku segeranya  bangun dan memeluku dengan erat sekali, kelihatan sekali di wajahnya nur dan cahaya kebahagian.
Kami pun berbual agak lama juga dan tidak lama kemudian saya di hidang dan di jamu dengan makanan yang sungguh lazat rasanya.  Belum pernah saya merasa minuman dan makanan yang sedemikian lazat kerana saya tidak pernah melihat makanan sedemikian di dunia ini.  Saya berfikir mungkin makanan ini didatangkan khusus dari syurga.
Setelah lama berbual saya memberanikan diri untuk bertanya "Kenapakah kamu tidak lagi berjaja daganganmu di pasar, apakah ia tidak laku lagi?"  Kawan saya tersenyum dan berkata "Tidak, tidak bukan kerana itu" "Habis kenapa? Dengan tidak sabar lagi saya bertanya keran ingin mengetahui keadaan sebenarnya".  "Sebenarnya saya mengalami suatu peristiwa aneh" katanya.  "Peristiwa aneh, apakah yang dimaksudkan oleh saudara" saya terus mendesak.
"Begini ceritanya" jawab kawan saya.  Dia pun mula bercerita. Pada suatu hari saya pergi ke pasar seperti biasa untuk menjual kipas daripada bulu-bulu burung, tetapi tidak satu pun yang laku.  Sedangkan pada hari itu saya benar-benar tidak mempunyai apa-apa pun untuk menyara hidup keluarga saya.  Saya mengambil keputusan untuk menjaja dangangan saya ke sebuah kampung tempat tinggal orang-orang kaya,  tiba-tiba saya terdengar suara orang memanggil, saya mencari-cari suara itu dan mendapati ianya datang dari sebuah bangunan yang tinggi dan saya terus mendongak dan mendapati seorang wanita memanggil untuk melihat kipas buatan saya.  
Saya terus mengikuti perempuan itu dan dibawanya naik ke tingkat atas sekali bangunan itu.  Saya dapati hiasan  di dalamnya sungguh cantik, lantainya di alas dengan karpet yang tebal sekali,dan bau ruangan itu sungguh harum.  Ditengah-tengan ruangan itu terdapat sebuah katil yang di ukir indah dan bertatah dengan intan permata. Kelambunya berbunga emas dan perak.
Tiba-tiba saya terkejut ditegur oleh seorang wanita yang sungguh cantik, seluruh tubuh badannya dihiasi dengan bermacam-macam perhiasan.  Wanita itu merenung saya dan seluruh badan saya menjadi gementar lalu saya memejamkan mata kerana tidak sanggup bertentang mata dengannya. "Selamat datang wahai tamuku" kata wanita itu "Mulai malam ini kamu akan di layan selama tiga hari tiga malam, aku akan memberi kepuasan kepada kamu dengan pelbagai kenikmatan yang kamu tidak akan bertemu sepanjang hayatmu" sambung wanita itu lagi.
"Apa maksudmu?" tanya saya. "Aku akan memberi kepuasan syurga, yang anda tidak akan menyesal seumur hidup anda" jawab wanita itu.  Saya merasa takut sekali dan meminta supaya Allah menjauhkan aku daripada pekerjaan terkutuk ini.  Saya cuba mencari helah namun dia terus memaksa saya supaya menuruti kehendahnya.  Saya tidak dapat mengelak lagi dan akhirnya saya terpaksa bersetuju dengan kehendaknya.
Saya meminta izin dari wanita itu untuk naik kebumbung bangunan itu, dan berjanji akan kembali lagi selepas itu.  Wanita itu berkata " Biarlah saya menemani dan membantu anda, jika ingin membuang air" "Tidak" jawab saya dengan tegas.  "Saya cuma ingin melihat dan meninjau keadaaannya saja" sambung saya lagi. Wanita itu berkata "Anda tidak boleh pergi ke mana-mana kerana semua pintu telah di kunci ".  Saya terus memujuk dan berjanji akan kembali lagi.  Lama kelamaan wanita itu bersetuju dan membenarkan saya naik.
Saya terus naik ke atas dan mendapati bangunan itu sungguh tinggi sekali dan saya terus berdoa "Ya Allah, Engkau amat mengetahui tentang urusanku, mati adalah lebih baik bagiku daripada melakukan maksiat yang terkutuk terhadapMu".  Saya berfikir sejenak, lalu saya mengambil keputusan dan terus terjun daripada bangunan yang tinggi itu.  Tiba-tiba datang satu lembaga telah menyambut dan saya jatuh di atas sayapnya.  Lembaga itu tidak lain tidak bukan adalah malaikat yang di utuskan Allah untuk menyelamatkan saya. Dalam sekelip mata saya telah berada di rumah saya.  Saya bersyukur kepada Allah s.w.t atas pertolonganNya dan menyelamatkan saya daripada pekerjaan yang terkutuk itu.

WALI DI TUDUH MENCURI

Kisah ini di cerikakan oleh  Zin-Nun rahimahlah di mana pada suatu hari beliau bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari barang yang di hajatinya.  Setelah persiapan diatur, beliau telah membeli tiket untuk menaiki kapal untuk menuju ke tempat yang dihajatinya.  Kapal yang di naiki oleh Zin-Nun penuh sesak dengan orang ramai. Di antara penumpang-penumpang yang menaiki kapal tersebut, ada seorang pemuda yang sangat kacak paras rupanya, wajahnya bersinar cahaya.  Pemuda itu duduk di tempat duduk dengan tenang sekali, tidak seperti penumpang lain yang kebanyakkannya mudar-mandir di atas kapal itu.
 Keadaan di dalam kapal tersebut agak panas kerana suasana di dalam kapal tersebut penuh sesak dengan orang ramai.  Pada peringkat permulaan pelayaran, keadaannya berjalan dengan lancar sekali kerana keadaan laut tidak bergelombang dan angain bertiup tidak terlalu kencang.  Suasana di dalam kapal ketika itu sangat tenang, kerana penumpang dengan hal masing-masing, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan pengumuman yang di buat oleh kapten kapal tersebut bahawa dia telah kehilangan satu barang yang sangat berharga.  Satu pemeriksaan akan dijalankan sedikit masa lagi.  Semua penumpang di ingatkan supaya duduk di tempat masing-masing.
Keadaan di dalam kapal tersebut telah menjadi hingar-bingar kerana penumpang sibuk bercakap dan berpandangan di antara satu sama lain. Masing-masing membuat andaian tersendiri mengenai kehilangan barang tersebut.  Tidak berapa lama kemudian, pemeriksaan di lakukan seorang demi seorang, semua beg,  barang-barang digelidah tetapi tidak  menjumpai barang yang di cari.  Akhirnya sampai kepada pemuda yang disebutkan oleh Zin- Nun.  Oleh kerana pemuda itu orang terakhir yang di periksa, pada anggapan orang ramai dan pegawai pemeriksa sudah tentu pemuda ini yang mencuri barang tersebut. Maka pemuda itu di perlakukan dengan kasar sekali di dalam pemeriksaan tersebut, pemuda itu memprotes di atas tindakan kasar yang di lakukan oleh pegawai pemeriksa sambil berkata, bahawa dia bukannya seorang pencuri,  Dengan protes tersebut, ia menambahkan lagi syak wasangka pegawai dan kapten tersebut.
Oleh kerana tidak tahan dengan kekasaran yang di lakukan oleh pemeriksa tersebut, maka pemuda itu terjun ke laut, yang menghairankan orang ramai yang memerhatikan tingkah laku pemuda itu ialah pemuda itu tidak tenggelam di dalam laut, mala ia duduk di atas permukaan air.  Pemuda itu berdoa kepada Allah dengan suara yang keras sekali "Ya Allah, mereka sekalian menuduhku pencuri, demi ZatMu, wahai tuhan yang membela orang teraniaya, perintahkan ikan-ikan di laut supaya timbul dan membawa permata-mata berharga di mulutnya".
Tidak lama kemudian, dengan kuasa Allah beribu-ribu ikan timbul dan kelihatan di mulutnya batu-batu permata yang berkilauan cahayanya.  Semua orang yang berada di atas kapal bersorak dan menepuk tangan kepada pemuda itu.  kapten kapal dan pegawainya sungguh terperanjat dan bingung seolah-oleh tidak percaya apa yang telah mereka telah lihat.
Pemuda itu berkata "Apakah kamu sekalian masih menuduhku sebagai pencuri pada hal perbendaharaan Allah ada di tanganku dan jika mahu aku boleh mengambilnya".  Kemudian pemuda itu menyuruh ikan-ikan tersebut kembali ke tempat asal mereka dan pemuda itu berdiri dan berlari di atas air dengan cepat sekali sambil menyebut ayat ke- 4 surah Al Fatihah yang bermaksud 'Hanya kepada Mulah aku menyembah dan hanya kepada Mu pula aku meminta bantuan'.


Automatic Created Playlist by www.autoplaylist.com
Make Your Own Mp3 & Video Playlist at www.autoplaylist.com